NAMA KELAB
Skuad Alam Sekitar(SKaS) , SK Pendang
MOTTO
“Satu Alam, Satu
Kita”
Motto ini
menekankan kesatuan dan kesedaran bahawa kita semua berkongsi satu alam yang
sama dan kita perlu menjaganya bersama – sama.
VISI
Menyemai nilai
cintai alam sekitar di kalangan ahli – ahli dan juga bertujuan untuk
meningkatkan kadar kitar semula di Malaysia.
MISI
Meningkatkan pengurusan
alam sekitar yang baik dalam proses pembangunan negara Malaysia.
LATAR BELAKANG
Skuad alam
sekitar (SKaS) adalah satu usaha terancang SK Pendang untuk melibatkan murid
mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah disamping memenuhi hobi
murid. Aktiviti – aktiviti Skuad Alam Sekitar juga membolehkan penglibatan aktif
murid bagi menimbulkan rasa semangat berkumpulan, kemahiran, rasa cinta pada
flora dan fauna serta mengelakkan diri daripada terjebak kepada kegiatan
negatif.
Kegiatan Ko-kurikulum yang
sedia ada telah berjaya membina disiplin murid bagi meningkatkan minat murid
terhadap pembelajaran.
RASIONAL
Aktiviti
kelestarian alam diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi murid yang
berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah murid yang
mengamalkan nilai – nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.
OBJEKTIF
Objektif penubuhan Skuad Alam
sekitar , SK Pendang adalah untuk :
. Menyemai nilai cintai alam
sekitar di kalangan ahli – ahli.
. Memberi peluang kepada murid
mempelajari hidupan flora dan fauna.
. Memberi peluang kepada murid
untuk melihat ekosistem semula jadi alam.
. Mewujudkan sikap bekerjasama
di kalangan murid.
. Membantu menjaga kebersihan
sekitar SK Pendang.
. Menambahkan ilmu pengetahuan
murid.
. Melahirkan generasi yang
prihatin terhadap alam sekitar.
. Mewujudkan suatu aktiviti
kokurikulum yang meriah dan memberangsangkan.
. Melibatkan diri dalam secara
proaktif aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar dan kitar
semula.
Comments
Post a Comment